Monday, 7 August 2017

PEMBAHAGIAN PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W DI MEKAH

DAR AN-NADWAH
- Merupakan institusi perundangan dan pelaksanaan di Mekah

AL- SIQAYAH
Iaitu jabatan yang berfungsi menjamin bekalan air yang mencukupi kepada
 Jemaah Haji di musim Haji.

AL- HIJABAH
- Iaitu jabatan yang berfungsi menjaga Kaabah, memegang anak kunci serta 
menguruskan urusan berkaitan dengannya.

AL - RIFADAH
Iaitu jabatan yang bertanggungjawab untuk menjamin bekalan makanan
 yang mencukupi kepada Jemaah Haji serta fakir miskin yang tiba 
di Mekah untuk menunaikan Haji.

AL- IMRAH
Merupakan jabatan yang berfungsi menjaga dan memelihara kesucian
 Kaabah dari dicemari sama ada melalui perkataan serta perbuatan.

AL - SIFARAH
- Merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk memutuskan perkara 
yang berkaitan dengan perdamaian dan perbalahan serta pertelingkahan 
diantara pelbagai puak.

AL- KHAZANAH
Merupakan jabatan yang mengendalikan urusan kewangan orang ramai

AL- ASHNAQ
- Merupakan jabatan yang mengelolakan pembayaran kematian dan 
kecerderaan

AL- KHAIMAH
- Merupakan jabatan yang bertugas menguruskan urusan keselamatan

AL- HUKUMAH
Merupakan jabatan yang berkaitan dengan hal kehakiman

PRINSIP PENGURUSAN ISLAM



a) AL- UBUDIYAH (Matlamat)
- Ubudiyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan
 fungsi utama manusia sebagai hamba Allah.

b) AL- SYURA (Amalan Para Sahabat)
- As- Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang kedua. Kepentingan
 ditegaskan dengan nyata di dalam Al- Quran dan diperkukuhkan oleh
 Sunnah Rasulullah S.A.W serta amalan para sahabat.

c) AL- ADALAH (Keadilan)
- Keadilan merupakan konsep yang luas yang harus dilaksanakan dalam
 kehidupan manakala dalam konteks organisasi, ia perlu dijadikan
 tunjang kepada setiap amalan dan perbuatan.

d) AL- MUSAWAH (Persamaan)
- AL- Musawah atau persamaan merujuk kepada " bahawa setiap individu 
di anggap sama dari sudut kemanusiaannya, peraturan dan undang-undang.

e) AL- HURRIYAH (Kebebasan)
- Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap
 kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan.

f) AL - ITQAN (Ketekunan)
- Itqan atau kuantiti dalam konteks pengurusan melibatkan tiga dimensi 
iaitu yang utama ialah kualiti pemimpin, kualiti pekerja dan kualiti barangan.

g) AL- MAS'ULIYAH (Bertanggungjawab)
- Merujuk kepada sifat bertanggungjawab terhadap amanah dan tugas 
yang diberikan.

h) AL- TA'AH (Ketaatan)
- Prinsip ini merujuk kepada sifat ketaatan, khususnya yang melibatkan
 pengikut dan pemimpin

FALSAFAH PENGURUSAN ISLAM


MATLAMAT PENGURUSAN

  • Pengurusan di zaman Rasulullah menanamkan sifat-sifat yang tersendiri iaitu kesederhanaan dan menyelesaikan segala masalah yang berkaitan
  •  dengan pentadbiran dan pengurusan.
  • Rasulullah selalu mengadakan perbincangan, berunding, bermesyuarat 
  • dan meminta pendapat para sahabat sebelum melakukan sesuatu tugas yang penting.
  • Sejarah pengurusan yang diterajui oleh Rasulullah terdapat dua peritiwa penting yang melibatkan pengurusan hijrah ke Habsyah dan hijrah ke Madinah (620 masihi) 
  • Sejak zaman Rasulullah, telah wujud satu pentadbiran dan pengurusan desentralisasi atau pengurusan tempatan.
  • Desentralisasi bermaksud pemusatan kuasa berkaitan dengan hal pentadbiran dan pengurusan yang hanya diputuskan oleh ketua pemerintahan.
  • Sumber naqli ialah sumber berdasarkan wahyu ialah Al-Quran dan Al-Sunnah.

(a) Al-Quran merupakan sumber pertama dan utama ajaran Islam :
  • Al-Quran menggunakan istilah "pentadbiran" yang berdasarkan kata dasar dabbara, yang merujuk kepada pentadbiran dan pengurusan.
  • Antara prinsip yang berkaitan dengan pengurusan Islam di dalam Al-Quran ialah :
  • Keperluan kepada pematuhan terhadap ikatan, perjanjian serta tanggungjawab yang diamanahkan.
  • Menentukan matlamat atau objektif yang jelas.
  • Memberi ganjaran atau upah berdasarkan usaha yang dilakukan. 

(b) Sumber pengurusan yang kedua ialah Al- Sunnah yang merupakan sumber Naqli, dalam konteks  pengurusan, Al- Sunnah menjadi sumber utama untuk dilihat sebagai sesuatu yang bersifat nilai dan prinsip yang seharusnya diaplikasikan.

(c) Sumber pengurusan Islam yang ketiga ialah amalan para sahabat. terdapat beberapa intisari surah yang berupa arahan pentadbiran iaitu hendaklah membentuk diri agar menjadi contoh kepada orang lain.

(d) Sumber pengurusan Islam yang ke-empat ialah penulisan ulama atau pemikiran Islam dengan kemantapan ilmu dan pengalaman serta kefahaman yang mendalam tentang dasar-dasar Islam telah menghasilkan tulisan yang berkaitan dengan Pengurusan Islam.

SEJARAH DAN SUMBER PENGURUSAN ISLAM

ZAMAN PENGURUSAN RASULULLAH S.A.W
  •  Jangka masa 12 sebelum Hijrah hingga 11 Hijrah/610- 632 Masihi ialah Zaman Rasulullah S.A.W ialah zaman Rasulullah S.A.W. 
  • Amanah, tanggungjawab dan tugas Rasulullah S.A.W adalah mendaulatkan kalimah Allah S.W.T diatas muka bumi atau menyebarkan dakwah Islamiah. 
  • Bagi memastikan kesemuanya terlaksana, pemerintahan, pengurusan, dan pentadbiran yang cekap dan berkualiti telah diperjuangkan.
  • Pengurusan dan pembahagian tugas oleh Rasulullah S.A.W dalam pengurusan Negara Islam ketika itu bersifat sistematik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. 
  • Diantaranya ialah meluaskan pengalaman dan amalan demokrasi, pengusaha tempatan lebih memahami masalah mereka dan dapat menyelesaikan masalah dengan sendirinya serta membantu memupuk semangat tanggungjawab kemasyarakatan, tempatan dan perpaduan kaum.

ERA MEKAH
  • Penekanan usaha dakwah lebih ditumpukan kepada pengukuhan ajaran Islam dan menyeru manusia supaya menyembah dan mentauhidkan Allah S.W.T.
  • Dua strategi dakwah ialah secara sulit dan secara terang-terangan.
  • Nabi Muhammad merancang langkah sedemikian dengan mengambil kira kedudukan, keupayaan, bentuk tentangan yang amat keras dari golongan Quraish dan suasana ketika itu.
  • Apabila kedudukan Islam telah stabil dan kuat, barulah Nabi Muhammad S.A.W mengambil langkah berdakwah secara terang-terangan.
  • Setelah mengalami pelbagai dugaan ketika berdakwah di Mekah selama 10 tahun, akhirnya Allah membenarkan Rasulullah S.A.W berhijrah keluar bumi Mekah.
  • Sebelum berhijrah, beberapa perancangan dan penyusunan kerja telah dilakukan oleh Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar :
  1. Mengupah Abdullah bin Uraiqat sebagai petunjuk jalan. Beliau bukan beragama Islam.
  2. Memberi tanggungjawab kepada anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah bin Abu Bakar supaya tinggal di Mekah pada siang hari untuk merisik hal ehwal puak Quraisy setelah Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar keluar dari rumah mereka. Pada sebelah malam, Abdullah pergi berjumpa mereka berdua untuk memberi perkhabaran tentang orang Quraisy.
  3. Memberi tanggungjawab kepada pengembala ternakan, iaitu Amir bin Quhairah supaya membawa ternakannya ke tempat persembunyian mereka bagi menghilangkan kesan tapak kaki pada siang hari dan memberi susu pada waktu malam.

ERA MADINAH
  • Setelah Rasulullah S.A.W sampai ke Madinah, baginda telah membuat penyusunan terhadap masyarakat Madinah dengan melakukan :
  1. Program al-Muakha'
  • Merupakan rancangan pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjamin perpaduan antara dua kumpulan yang berbeza kerana menyedari matlamat mudah dicapai sekiranya wujud perpaduan di kalangan mereka iaitu dengan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.
     2. Mendirikan masjid
  • Sebagai langkah untuk menyatupadukan umat Islam atas dasar Islam dan bukan atas semangat perkauman yang sangat menebal ketika itu. Selain itu, jangkaan Nabi, Islam lebih mudah dikembangkan melalui institusi masjid. Nabi juga merancang untuk menjadikan masjid sebagai nadi menggerak setiap aktiviti yang dirancang.
     3. Menggubal Piagam Madinah
  • Nabi juga mengambil langkah untuk mengukuhkan Islam dengan memperkenalkan Piagam Madinah iaitu perlembagaan Negara Islam yang pertama. Ia mengandungi pelbagai aspek dasar untuk menubuhkan sebuah Negara Islam Madinah. Ia juga dijadikan bahan rujukan masyarakat setempat apabila timbul permasalahan dan pertelingkahan antara mereka.

DEFINISI PENGURUSAN ISLAM


AHMAD IBRAHIM SIN:
  • Pengurusan ialah satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang yang ingin menjadi pengurus.
MUHAMMAD  A. BURAEY:
  • Menjelaskan pengurusan sebagai menyelaraskan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
PROFESOR SYED OTHMAN ALHABSHI:
  • Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

PROFIL KUMPULAN

NAMA AHLI KUMPULAN





NAMA:SITI NAJIHA BINTI BADRUL HISHAM
NO MATRIK:10DAT16F2042
KELAS:DAT2A
HOBI:MENDENGAR LAGU
CITA-CITA:AKAUNTAN
MAKANAN KEGEMARAN:KOEW TEOW GORENG
MINUMAN KEGEMARAN:SOYA








NAMA:SITI BADARIAH BINTI MOHAMAD NOOR
NO MATRIK:10DAT16F2043
KELAS:DAT2A
HOBI:MEMBACA NOVEL
CITA-CITA:JURUAUDIT
MAKANAN KEGEMARAN:NASI GORENG AYAM
MINUMAN KEGEMARAN:TEH AIS








NAMA:SITI NUR IZZATI BINTI SA'ARI
NO MATRIK:10DAT16F2063
KELAS:DAT2A
HOBI:MAIN BADMINTON
CITA-CITA:KERANI AKUNTAN
MAKANAN KEGEMARAN:NASI GORENG KAMPUNG
MINUMAN:TEH'O AIS

PENGURUSAN ZAMAN MADINAH