Monday, 7 August 2017

PRINSIP PENGURUSAN ISLAM



a) AL- UBUDIYAH (Matlamat)
- Ubudiyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan
 fungsi utama manusia sebagai hamba Allah.

b) AL- SYURA (Amalan Para Sahabat)
- As- Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang kedua. Kepentingan
 ditegaskan dengan nyata di dalam Al- Quran dan diperkukuhkan oleh
 Sunnah Rasulullah S.A.W serta amalan para sahabat.

c) AL- ADALAH (Keadilan)
- Keadilan merupakan konsep yang luas yang harus dilaksanakan dalam
 kehidupan manakala dalam konteks organisasi, ia perlu dijadikan
 tunjang kepada setiap amalan dan perbuatan.

d) AL- MUSAWAH (Persamaan)
- AL- Musawah atau persamaan merujuk kepada " bahawa setiap individu 
di anggap sama dari sudut kemanusiaannya, peraturan dan undang-undang.

e) AL- HURRIYAH (Kebebasan)
- Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap
 kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan.

f) AL - ITQAN (Ketekunan)
- Itqan atau kuantiti dalam konteks pengurusan melibatkan tiga dimensi 
iaitu yang utama ialah kualiti pemimpin, kualiti pekerja dan kualiti barangan.

g) AL- MAS'ULIYAH (Bertanggungjawab)
- Merujuk kepada sifat bertanggungjawab terhadap amanah dan tugas 
yang diberikan.

h) AL- TA'AH (Ketaatan)
- Prinsip ini merujuk kepada sifat ketaatan, khususnya yang melibatkan
 pengikut dan pemimpin

No comments:

Post a Comment

PENGURUSAN ZAMAN MADINAH